Wednesday 7 January 2015

Jangan menyalahkan takdir



Tak semua yang kita harapkan akan kita perolehi,bersabarlah wahai hati.. setiap kejadian ada hikmahnya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang,tp Allah yang menentukan. ingatlah bahawa Allah adalah sebaik2 perancang..Janganlah sesekali menyesal dengan apa yang terjadi,mungkin suatu hari nanti kita akan dapat melihat pelangi disebalik apa yang terjadi..





Tuesday 6 January 2015

Tarbiah dan nasihat

ALLAH AKAN MENGUJI KITA DENGAN BENDA YANG PALING KITA LEMAH

1)Mungkin bab-bab solat jemaah ni kau okay.
Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan uji kau dengan PEREMPUAN!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat, cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan sesekali puas!
2) Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung labuh semua, kau okay.
Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin Bieber, One dorection, Lee Min Ho, drama korea jepun bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat, dan jengan sesekali puas!!
3) Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay.
Akhlak kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi, bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat!
Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung labuh tutup dada dan bahu, takde senggul, tak jarang, warna tak menarik perhatian dan lain-lain?? So, jangan mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu bukan kelemahan kau!
4) Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila tengok perempuan-perempuan seksi.
Kau langsung tak tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk uji kau!
Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang bajet soleh, yang berbunyi:
“Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!”
“Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat perempuan-perempuan bertudung labuh ni…..”
Hancur! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan!

Banyak lagi contoh.
Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu buat perkara tu kerana itu bukan kelemahan kita!
Orang yang beriman adalah, dia mampu atasi segala ujian yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada.
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah.

*Kita sebagai hambaNya akan sentiasa diuji .. Jangan pernah merasa puas dan cukup semua amalan yang kita telah lakukan selama mana kita hidup di muka bumi ini.*